sedar la diri tu sikit...

.
Sebelum aku mulakan apa - apa, aku memohon maaf kalau entri first ni ada bahasa - bahasa yang tak enak di dengar. PEACE NO WAR..!!
Aku ada soalan. Apa definisi cantik pada korang? Pada aku cantik tu bermaksud cantik paras rupa dan juga cantik pekerti. Itu baru aku maksudkan dengan cantik. Owk lah, sebelum aku mengarut lagi panjang, lebih baik aku cerita perkara yang berlaku pada aku dalam minggu ni.
HARI RABU: Dalam pukul 8.00malam macam tu aku gerak la pergi pasar malam. Aku teringin nak makan bihun goreng. Aku pon kompom la pergi kat gerai bihun goreng. Sampai kat situ, ada seorang adik ni tanya aku, "nak apa?". Aku minta la bihun goreng. Aku usha juga muka adik tu. Cun juga. Tapi yang aku TAK FAHAM, kenapa adik tu langsung tak senyum?. Sebagai peniaga, aku rasa patut adik tu senyum kat aku. MASALAHNYA TAK.!! Dari cun terus down jadi un-cun
HARI JUMAAT: Waktu aku lunch lepas solat jumaat. Aku pergi kedai makan kat sebelah masjid. Ada adik ni, tak cun tapi ya Allah dia sentiasa tersenyum. Walaupun kulitnya gelap dan mukanya tak berapa lawa, tapi senyuman dia betul - betul buat diri dia bercahaya. Aku balik office tersenyum je. HEHE.!!
Korang mesti ingat aku gatal ke pe entah kan. Aku bukan minta orang senyum kat aku. Aku pun kadang - kadang orang boleh marah SEBAB AKU SENYUM. "Kau pesal senyum - senyum kat aku". Ayat tu la aku selalu dapat.
Aku bukan nak merendah - rendahkan orang. Tapi senyum tu kan satu sedekah. Tak salah kalu senyum, polis tak tangkap pun. Untuk lelaki dan perempuan, bila senyum, seri wajah meningkat. Menurut kajian, 90% urat di bahagian muka akan menegang masa kita senyum dan 90% urat wajah akan mengendur kalau wajah kita berkerut. So, KORANG PIKIR LA SENDIRI..!!!

No comments:

Post a Comment